Craving Satisfied #4

| on
22:21
Assalamualaikum


fuhhhhh finally update jugak. rasa macam nak buat giveaway je ni haha tunggu lah nanti kalau aku tak busy,lepas sem 2 ni kot. Semester 2 tinggal berapa bulan je lagi lepas tu cuti 3 bulan 👏👏

nasib baik dalam gallery penuh dengan gambar makanan so dapat lah jugak update blog ni kan haha



ice blended mocha dia 👍 yang kek warna kuning tu kek mango cheese. sedap! and tak sah kalau aku tak order kek yang ada chocolate. last-last menyesal beli sebab tak makan habis 😅


the fruit salad was so good! masa ni kalau tak silap aku nak chicken salad tapi pekerja tu kata ayam diorang dah habis wth hahaha konon nak diet so aku order salad je lah 💁  



lama tak makan steamboat so alang2 kawan teringin sangat kan so jom! hahaha kenyang sangat masa ni alhamdulilah tak ada berlaku pembaziran hahaha



you know what dari tahun lepas lagi aku stalk ig kerepek bronis ni. Bulan lepas kat kolej kitorang ada buat bazaar and ternampak ada orang jual benda ni so aku pun terus beli. tapi mahal sangat diorang jual cisss at least dah dapat rasa lah haha . sedap lah jugak sebab tak berapa manis sangat.



ni cendol gula apong kalau tak silap aku lah. masa ni kan tengah viral dengan pompuan cendol tu hahaha aku pun tiba2 pulak rasa macam nak makan cendol. SEDAP! lepas ni nak pergi lagi. Tempat ni (Mami Cendol) pun famous sebab cendol dia.




tak sah kalau tak beli aiskrim gula apong ni! nyesal pulak aku ambil yogurt ni dalam size medium sebab masa ni aku demam so takde selera nak habiskan hahaha 



cake ni boleh lah. biasa-biasa je. maybe sebab masa ni aku dah kenyang kot tapi last2 aku yang terpaksa habiskan separuh sebab kawan aku dah kenyang 😵😵


harap2 korang tak terliur lah baca post ni hahaha alhamdulilah syukur. lepas ni aku update lagi dengan gambar makanan okay? hoho