30 Nov 2017

Pengabdi Setan | Movie Review

Assalamualaikum


heyyyyy

dah

nak

final

exam

wei

ha

ha

ha

whatever hahaha 💁


siapa yang dah tengok movie ni?  🙋🙋

lepas habis kelas je pukul 4 petang tu kitorang terus naik grab pergi tengok wayang. Ingatkan nak tengok yang pukul 8 malam tu tapi kelas habis awal so tengok je lah yang pukul 6 petang tu hah

kitorang suka pergi tengok wayang kat area shopping mall unimas ni sebab tak banyak orang kan tapi semalam gila lah ramai jugak orang pergi tengok movie ni erhhh , selalunya sikit je hahah

aku kalau tengok cerita seram kan memang taklah aku nak beli popcorn hahaha tapi beli jugak lah semalam. nasib baik popcorn tak terbang dalam panggung tu 😑



Image result for pengabdi setan sinopsis pendek 2017


sinopsis movie ni korang cari lah dalam google haha malas aku nak copy & paste.


nak kata movie ni seram tak jugak lah. Tapi banyak sangat scene yang mengejut omg boleh sakit jantung aku. and muka "ibu" dalam cerita ni seram gila hahahaha the makeup though 


and jalan cerita ni tergantung tau tak?! aku memang marah gila tengok ending dia wth dah lah jalan cerita dia pun tak berapa jelas gosh buang duit je beli tiket dia ni 


and then ada scene bila anak lelaki ustaz tu mati accident erhh yang part tu aku rasa paling seram haha sebab dia memang tunjuk laki tu diheret di bawah lori,dengan muka dia terbelah lah yarabi seram pulak aku bayangkan scene tu hahaha


part yang aku tak faham,boleh pulak si "ibu" tu datang kacau Rini tengah bersolat? Wth 
lepas tu boleh pulak hantu pocong tu bunuh manusia eh? hahaha macam-macam jenis hantu aku tengok dalam movie ni tau tak. Ada pocong kaler putih & hitam.


scene yang terakhir tu memang gila lah. Stress aku fikir jalan cerita movie ni. Maybe ada sambungan kot nanti,ntah lah.


tapi sampai sekarang aku masih terbayang muka si ibu tu wei hahaha kawan aku asyik ulang ayat "ibu datang balikkkkkkk" isyyy kuang ajar betul lah haha


sorry lah kalau aku tak review sangat,sebab malas lah nak review panjang2. korang tengok je lah sendiri nanti 😁

overall boleh lah jugak tengok untuk buang masa kan haha orang2 dalam pawagam pun dok terjerit macam kena histeria 😱😱 dengan aku sekali yang terkejut dengar diorang isyyyy

2 comments:

  1. hahaha... best kalau tak tergantung ending kan..haha...dgr org jerit jadik lagi terkejut eh..lorhh

    ReplyDelete
  2. teringin gila nak tengok cite ni!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...