26 Sep 2017

Doresuwe Online Shop | Review

Assalamualaikum


alkisahnya mak aku tengah bukak instagram then ternampak lah ig shop doresuwe ni,banyak gak baju-baju yang cantik so aku pun bukak website diorang dalam laptop. Ingatkan Malaysia punya rupanya Japan. Aku tanya dia betul2 nak beli ke,sebab aku tak berapa yakin nak beli barang dari negara lain takut kena tipu ke apa ke hahaha T_T 



so ni rupa website doresuwe.

*please take note that this is not a sponsor post*



masa aku beli tu kalau nak free shipping kena beli over 9999 JPY. Tapi tengok sekarang dah turun harga dah  >.< 

so kitorang pun pilih lah barang-barang yang ada kat situ. Campur punya campur total dah dalam 
10686 JPY so yeayy dapat free shipping. Jumlah barang yang kitorang beli ialah 6 and semuanya baju,ada satu je kasut.

Cara nak beli takyah ajar lah kan? Sebab sama je cara dia. Tapi payment method dia dapat guna Visa,Mastercard & Paypal je lah.

Lepas dah settle bayar,aku pergi bukak my account and view order. Kat situ dia ada tunjukkan order track korang. 




then tiba2 nampak "your order has been hold". aik,apahal pulak ni? aku ingatkan ada masalah dengan payment dia tapi kat situ dah letak PAID so aku pun panik HAHAHA pastu terus bukak google cari pasal doresuwe ni,mana tahu kot2 ada orang review kan tapi malangnya tak ada.

aku check email tapi tak ada pun service stuff diorang hantar email. Pfff the next day pulak makin banyak benda tu muncul.

aku bukak email then nampak ni


sepatah haram pun aku tak faham hahaha harapkan bantuan dari google translate je lah. Rupanya ada 2 baju yang aku order tu out of stock. hmm ingatkan apa tadi. So kitorang pun berbalas lah email dalam bahasa japan okay. Nasib baik ada google translate kan. 

nah baca



lamaaaa jugak aku cari sebab aku malas nak tambah bayaran tu so aku pun cari lah barang yang harga dia hampir sama dengan sebelum ni. Banyak kali jugak aku send email kat diorang tapi banyak yang kena reject sebab out of stock lagi T_T aku rasa dah lebih dari sepuluh kali aku hantar email. diorang tak update pun barang yang dah out of stock tu.

but service staff diorang memang baik lah haha so taklah aku panas hati sangat kan masa tu.

lama jugak aku nak tunggu barang tu sampai. Kalau aku tahu memang aku dah pilih express delivery but it's okay sebab tak urgent sangat. Kat order track tu nanti diorang ada bagi tracking number guna china post. Perghh orang kata china post ni lambat so memang lambat lagi lah sampai.

and diorang hantar barang tu satu persatu okayy,maybe sebab tak sama factory yang buat product tu.


aku order pada 19 august 2017,semua barang tu pulak sampai pada 27 september,esok lah kan haha sebab tadi baru je check pos laju and barang tu masih dalam delivery process tapi tak sempat hantar harini so esok lah. fuhhh lama tu. satu bulan lebih lah jugak kan.


barang semua sampai dalam keadaan yang baik and puas hati jugak lah alhamdulilah. Nak tunjuk gambar tapi aku kat asrama ni hah macam mana nak ambil gambar hahaha. aku tunjuk gambar yang aku orderkan ajelah eh. Semua barang yang sampai memang macam yang kita nampak dalam gambar tu.



i really love this blouse ❤ tapi nyesal pulak beli color biru hahaha sebab yang merah ni nampak cantik jugak kan?





sandal ni pulak aku beli sebab tak ada pilihan dah,semua baju yang aku pilih tu out of stock so last-last pilih ni ajelah. but i still love it though.


and ada beberapa barang lagi tu my mom punya so that's it.

kalau rasa nak shopping kat doresuwe ni hah pergi lah kat website diorang. 😊😊





p/s : stress dengan assignment oi

14 Sep 2017

Nostalgia Sangat Ni

Assalamualaikum


eyyy whats up ✋✋


alkisahnya tadi terbaca pasal perkahwinan selebriti indon Laudya Chintya Bella tu. Tengok muka dia macam kenal je so aku pun google lah dia,bukak wikipedia tengok dia pernah berlakon sinetron apa,tapi satu pun aku tak kenal hehhh mana pulak aku pernah nampak dia ni eh . Then ternampak dia ada keluarkan single 'Let's dance together' with Melly Goeslaw,jap macam kenal je lagu ni,pastu terus bukak youtube.

O.M.G

lagu tu rupanya dari sinetron Cinderella yang pernah ditayangkan kat tv2 dulu pada tahun 2011. Aku masih ingat lagi dulu aku memang suka gila dengar lagu ni hah. Drama tu pun aku suka gak. Bila dengar balik lagu tu kat youtube tiba2 rasa sebak pulak HAHAHA i miss my childhood. Dulu-dulu aku suka gila layan sinetron indonesia. Memang dah banyak sinetron yang aku dah tengok. Yelah although jalan cerita diorang agak lembap and menyakitkan jiwa bila tengok tapi entah kenapa aku tetap nak tengok sampai habis jugak.



Macam sinetron Bawang Merah Bawang Putih, Nada Cinta (omg aku suka layan drama ni dulu gara2 Randy Pangalila & Aditya Firmansyah lah ni), Bidadari (ingat lagi tak Marshanda masih muda lagi masa ni huhu nak pari-pari jugak haha).


Image result for nada cinta


Image result for aditya firmansyah

Aditya Firmansyah. aku siap print gambar dia banyak2 lekat dalam notebook okay 😃😂


Image result for bidadari indonesia sinetron



Dulu-dulu kan astro ada channel yang khas untuk cerita indon like Pelangi kalau tak silap (hmm tak ingat), selalu bila balik sekolah je aku duduk depan tv dengan bibik dari indon tengok sinetron Kawin Gantung etc. Hahaha sambil lipat pakaian sambil tengok tv.


tiba-tiba rasa rindu pulak dengan sinetron lama2 ni huhu. Dulu boleh lah layan semua ni tapi sekarang adoi duduk depan tv pun dah tak ada sebab asyik layan drama korea dalam laptop HAHAHA dulu zaman tengok drama indonesia,sekarang pulak zaman tengok drama korea okay hahaha


kadang2 ternampak artis2 indonesia ni kat instagram,banyak yang dah berkahwin and ada anak rupanya. Tak catch up sangat dengan berita diorang. 


hmm lepas ni nak try cari drama2 ni kat youtube lah kalau ada 😭😭 

you feel me?? 😣😭😭😭

11 Sep 2017

Woman Of Dignity | Korean Drama

Assalamualaikum


well hello. 


lama

tak

update

ha

ha

ha


okay. drama ni baru je habis dalam bulan august. Aku memang dah habis download drama ni tapi yelah haritu tengok episode 1 macam tak best so tengok setengah je then stop. Hari sabtu ni tadi baru start tengok balik. Woah what can i say is drama ni memang best. Nasib baik aku tak delete.


Woman of Dignity-p1.jpg


Woo Ah-Jin (Kim Hee-Sun) lives a luxurious life due to her wealthy father-in-law, but her father-in-law's finances become decimated and her husband betrays her. Woo A-Jin's life hits rock bottom. Park Bok-Ja (Kim Sun-A) is a mysterious woman and she hides her heartbreaking story. She brings about fierce hardship on Woo A-Jin.

at first,i though that Woo Ah-Jin ni yang jahat haha but nope. Woo Ah Jin ni character dia memang perfect. Dia kahwin dengan Ahn Jae Suk,anak orang kaya tapi suami dia ni bodoh sikit hahaha aku benci nak mati tengok character suami dia ni,memang sewel ah character dia. 


Park Bok Ja ni pulak emm macam mana nak explain eh. Dia ni jealous dengan kehidupan Woo Ah-Jin yang serba mewah. Kira macam Woo Ah Jin ni role model dia lah. Dari kecik kehidupan dia memang miskin & susah. So dia ambil keputusan untuk jadi penjaga kepada bapa mertua (Ahn Tae Dong) Woo Ah Jin yang tengah sakit. Dia cuba pelbagai cara so that Ahn Tae Dong ni jatuh cinta & kahwin dengan dia. Maklamat dia just nak ambil harta diorang tu je sebenarnya. Tapi nak kata dia jahat sangat tu taklah,dia just teringin sangat nak jadi orang kaya je sebenarnya & dia memang ada rasa sayang jugak kat Ahn Tae Dong.


first episode tu korang akan tengok Park Bok Ja ni dibunuh oleh seseorang. Tapi episode 20 nanti barulah korang tahu siapa yang bunuh dia . Dari first episode lagi aku fokus tengok setiap character yang ada dalam drama tu. Setiap character dalam family Ahn Tae Dong tu semua penting okay. Semua diorang ada motif untuk bunuh Park Bok Ja except Woo Ah Jin and suami dia lah. Even maid yang ada dalam rumah tu pun ada motif jugak. 


Ahn Tae Dong ni memang sayang dengan Park Bok Ja thats why dia bagi semua stock kat company tu kepada Park Bok Ja. Park Bok Ja pulak pergi jual company tu dekat orang lain and bawak lari semua duit yang dia dapat. Tapi although dia dah ada banyak duit,dia tetap tak rasa bahagia,well of course lah kan sebab duit tu duit orang lain bukan dia punya. Tapi aku ada rasa kesian sikit je lah kat dia ni sebab dari kecik lagi dia hidup susah tapi yelah cara dia nak cepat kaya tu yang salah. 


Suami Woo Ah Jin ni pulak ada scandal dengan art teacher yang ajar anak dia. Pfff scene suami dia ni annoying sikit. Sama jugak dengan mistress dia tu hahaha sama-sama otak tak betul. Dah rampas lelaki orang tapi boleh pulak dia kata 'life is so unfair' hahaha bengong ah. Suami dia ni bila ditanya nak pilih whether isteri dia or mistress tu boleh pulak dia kata dia pilih dua-dua. Bila Woo Ah Jin minta cerai dia tak nak cerai,sayang katanya hahaha scene yang paling buat aku angin time mistress tu & mak dia mintak hak apartment yang dimiliki oleh Woo Ah Jin & suami dia. Pfff boleh gila aku tengok scene tu hahaha


anyway,character yang lain aku malas lah nak review haha sebab bagi aku cukup lah aku dah tahu siapa pembunuh Park Bok Ja. Dari first episode lagi diorang dok tayang scene Park Bok Ja kena bunuh tu berulang kali mana aku tak curious kan?  and ada PLOT TWIST OKAY AND I WAS RIGHT THE WHOLE TIME HAHAHA thats why lah aku suka tengok drama yang misteri2 ni,best tau tak,memang fokus je tengok setiap episode,tak ada skip-skip. Kalau korang dapat guess siapa pembunuh dia memang terer ah korang haha . aku start syak pembunuh tu bila masuk episode 4 &5 and ada beberapa sebab lagi lah.


lakonan setiap pelakon dalam drama ni memang terbaik! and i really really like all the inspirational quotes yang ada dalam drama ni. Kalau boleh please lah tengok okay 👌 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...