28 Mar 2017

Craving Satisfied #2

Assalamualaikum


ye aku memang jarang blogwalking & update blog. Mood nak berblog ni ntah dah terbang ke mana dah sekarang. 



👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩



if you haven't read my previous post, nah (craving satisfied #1)



lepas makan malam,alhamdulilah memang kenyang. Masuk dalam bilik,buka almari,damn it dah habis rupanya oreo aku. Cadbury, kit kat, dark chocolate,semuaaaaaa dah habis. 'Harta' aku dalam almari tu dah kosong dah hahahaha kena isi lagi ni


lepas tu bukak ig and search kek yang sedap2,yang ada buat cod lagi lah bagus. Then terjumpa satu gambar pavlova ni. Aigoo macam sedap je. Aku dah tertelan air liur dah padahal tadi baru je habis makan nasi T_T 


Tanya punya tanya okay hari sabtu dapat hantar. Okay deal! Cepat2 taip kat memo takut terlupa nanti.


Hari sabtu,orang tu kata nak hantar dalam pukul 1+ petang. Tunggu punya tunggu,aik lama jugak eh,kata dah masuk dalam lorong 8. Dah 30 minit berlalu,tak jugak sampai. Tak kan sesat kot? 


"sorry sangat-sangat. tadi tak sengaja terlanggar pavlova tu,dah penyek. Boleh tak saya hantar esok je?"


aku okay je,no problem. Tapi kecewa jugak lah sebab aku memang dah craving sangat hahahaha 


tapi tiba-tiba dia whatsapp kata dia akan hantar pavlova yang penyek tu tadi. Lepas tu esok dia akan hantar pavlova yang baru lagi. Aku pun okayyyyyyyy hahahaha alhamdulilah rezeki. 


Pavlova tu tak penyek sangat lah,just krim2 dia habis terkeluar tapi tetap 👍 kebabomm. The next day,dapat lagi pavlova free. Uwaa thank you so much 😋😋 harga satu pavlova RM45.






hari ahad tu pulak kek aku sampai. aku dah order kek ni sejak hari khamis so ahad baru dapat sebab diorang cod hari ahad je. Mula-mula aku tengok kek tu macam tak percaya je harga satu kek RM10. Size dalam 6 inci macam tu lah. Nampak macam sedap. At first ragu2 jugak lah nak beli takut tak sedap kan. Tapi oleh kerana parents kat KL so aku ambil kesempatan lah hahaha lagipun adik2 aku sama kepala dengan aku so aku pun order je lah. Order 2 kek terus haha




*gambar credit to the owner @sweetstation_official* 
dah ambil gambar sebelum ni tapi gambar tak cantik pfff  geram betul aku


Aku ambil kek oreo ni. Yes yang ada oreo memang wajib beli. Aku ingatkan krim tu tak sedap tapi rupanya sedap! Sedap guna fresh cream kan so bravo! hahaha 




*gambar credit to the owner @sweetstation_official


Although i really like oreo,but yang ni palingggg sedap! Perfect je! Rasa manis dia ngam ngam. Tak terlalu manis. Campur lagi dengan flavour kiwi,strawberry,orange kat atas tu pergh. 


Time kek ni sampai,aku dekat luar lagi hahaha baru je lepas makan kat luar balik terus makan kek ni lagi T_T nasib baik adik ada kat rumah.



this is not a sponsor post. saja nak letak gambar kek2 tu biar terliur hahaha 


k bye






17 Mar 2017

What Happens To My Family | Korean Drama

Assalamualaikum


yey i'm back with more korean dramas. oh ya siapa yang ada layan drama age of youth? good news,tahun ni ada season yang kedua! The new season is set to air in late-August. Kalau nak tahu lebih lanjut,boleh baca dekat soompi.


and yes i know drama what happens to my family ni dah lamaaaaa gila;2014 okay. 
tahun 2014 aku tak berapa sangat layan k dramas so i don't even know about this drama sampailah aku try search 'best family korean dramas' kat google and terjumpa banyak orang yang recommend drama ni. But still,for me the best family korean drama so far is Reply 1988


sebelum ni dah terbiasa tengok drama sampai episode 20,tapi drama ni ada 53 episode okay?!! 
first time ni tengok drama sampai 50+ episode. tapi sebelum ni tengok cerita indon kat tv sampai 100+ episode boleh jeee hahaha tu zaman dulu2 suka dengan cerita indon 😁


satu je yang aku nak bagitau,kalau korang decide nak tengok drama ni jugak,please lah sediakan tissue banyak2. aku dah bagi warning okay? jangan kata aku tak bagitau pulak. hihi


Image result for what happens to my family


Cha Soon-bong is a widower who has devoted his life to his three children, loving them despite their self-centred selfishness and disrespect. However, when he discovers that he has terminal cancer, he decides to use the time he has left to ensure their happiness when he is gone.

Cha Soon Bong ni memang sayang gila2 kat anak dia. Dia ada tiga orang anak,yang paling tua perempuan ; Cha Kang Shim , kedua ; Cha Kang Jae, maknae ; Cha Dal Bong.


Anak perempuan paling tua,after a failed relationship,dia ambil keputusan untuk tidak berkahwin & hidup seorang. Dia ni seorang secretary yang memang hebat,semua benda dia buat dengan cepat & teliti,kira macam memang orang respect dia lah kat pejabat. Tapi satu je masalah,dia lebih pentingkan boss dia daripada bapa sendiri. Dalam first or second episode kalau tak silap,dia beli kek untuk birthday chairman company dia tapi birthday bapa dia boleh pulak tak ingat padahal sama je tarikh birthday dia dengan chairman tu -.- Dia memang hebat bila masuk bab kerja tapi fail sebagai seorang anak.


Anak kedua,Cha Kang Jae. Dia ni susah nak explain. Berapa kali dah aku rasa macam nak hentak laptop bila nampak scene dia gaduh dengan bapa dia eeee geram sangat aku hahaha please,harap2 lah korang dapat bertahan tengok perangai dia dalam drama ni. Kang Jae ni doktor,dia paling pandai dalam family tu. Tapi tak guna jugak pandai macam tu kalau derhaka kat bapa sendiri kan? hahaha terlebih pulak kau ni T_T dalam permulaan episode memang perangai dia annoying gila especially lepas dia kahwin dengan anak perempuan director hospital tu,huwaa memang sakit hati gila. Tapi bila dia dapat tahu bapa dia ada cancer,hah scene yang ni kena prepare tissue siap2. Dia nangis melutut depan bapa dia 😢😢 siapa yang congek tu comfirm akan menangis teresak-esak hahahaha macam aku TT ; i'm like TT,just like TT



Anak ketiga. Dia ni penganggur,selalu buat masalah,selalu menyusahkan bapa dia tapi at least dia ada rasa prihatin sikit dengan bapa dia. And dia banyak berubah selepas berjumpa dengan Seo Wool,gadis dari kampung yang tiba2 datang ke rumah kata nak kahwin dengan dia hahahaha scene ni paling lawak. Habis panik bapa dia lepas tahu pasal ni sebab Dal Bong tu bukannya ada kerja tapi tiba2 ada sorang pompuan kata diorang pernah buat janji nak berkahwin bila dah besar hahaha


selepas bapa dia dapat tahu dia ada penyakit cancer,dia ambil keputusan untuk saman ketiga2 orang anak dia tu. Diorang ingatkan bapa dia nak kan duit je tapi sebenarnya bapa dia nak diorang ni sedar bahawa duit bukanlah segala-galanya ; tapi family yang paling utama. Kalau diorang nak cancel kan saman tu,diorang kena ikut syarat yang bapa diorang dah buat.


 First daughter kena pergi blind date sepuluh kali (sebab bapa dia nak dia kahwin sebenarnya), Kang Jae pulak kena tinggal kat rumah bapa dia selama 3 bulan bersama dengan isteri dia. Si Dal Bong tu pulak kena bagi gaji berapa ntah kat bapa dia selama 3 bulan. Start daripada episode ni banyak sangat scene yang sedih-sedih

dalam rumah tu ada mak saudara diorang jugak,adik kepada bapa diorang tu lah. Plus cousin and suami dia. Diorang ni selalu jugaklah bergaduh. Asyik berkumpul kat ruang tamu jee hahaha kalau tak kat ruang tamu,confirm kat chicken shop depan rumah diorang tu.


Last episode palingggggg sedih hahahaha yang ni aku tak nak explain banyak2 korang tengok lah sendiri. Yang pasti,anak2 diorang ni semuanya dah berubah 100%,especially Kang Jae tu. Drama ni ada banyak scene yang lawak,sedih,geram,semuaanya ada. Banyak benda yang kita dapat belajar pasal family ecehhh hahahaha



aku bagi 5/5 bintang untuk drama ni. Wajib tengok tau :P



11 Mar 2017

Stamp Collecting

Assalamualaikum❤


actually tak ada mood nak update blog ni tapi tadi lepas tengok page view blog omg i cannot,terpaksa lah update jugak plus nak blogwalking. 


Dulu-dulu lagi my mom suka collect stamp,selalunya kawan dia yang kerja kat japan simpan & bagi stamp ni kat my mom thats why kebanyakan stamp ni daripada japan. 



aku terjumpa dua kotak penuh dengan stamp dalam almari bilik. Oleh kerana aku terlampau rajin so aku pun plan nak tolong remove kan the stamp from the paper. Seingat aku dah lama gila kot stamp ni tersimpan dalam almari bilik,my mom tak ada masa nak handle semua ni so let me do it since mood aku tengah rajin.


oh ya,nak remove stamp ni dari kertas kacang je. Guna air panas je ok


How do you get stamps off paper?

1. Cut stamps off the corner of the envelope with some scissors.

2. Place the cut corner in bowl of warm water and wait 10+ minutes (kalau tak suka tunggu lama2,guna air panas je terus takyah campur air sejuk,lebih cepat sikit)

3. Most of the stamps will float off, so put them on the blotter of paper towels face down.


kalau tak faham jugak nah tengok video ni remove postage stamp from envelope in 10 seconds.



dalam 4 hari jugaklah aku siapkan benda ni haha dalam gambar nampak sikit je tapi sebenarnya banyak ok, ni belum termasuk stamp yang tertinggal kat pejabat my mom lagi ni


kalau tak silap aku masa aku darjah 5 kot kitorang pergi beli stamp album & susun stamp ni bersama2. tapi ntah mana ntah aku letak album tu zuppp hilang macam tu je T_T 


kitorang belum beli album lagi,haritu pergi cari kat bookstore tapi tak ada,cari online tak ada yang cantik pulak perghh last2 nanti terbiar macam tu je lah


baru perasan ada satu stamp yang terbalik damn it



buat masa ni tak ada album so tak dapat lah aku nak tunjukkan hahaha nanti2 lah inshaallah.

banyak stamp yang cute2 aku jumpa,kalau dapat stamp dari negara lain lagilah best,kan? ada sesiapa kat sini collect stamp tak? 

kitorang collect stamp pun sebab suka2 je hahaha  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...