Dramas

| on
12:48
Assalamualaikum


Ehem lama dah tak merepek dalam blog. Update pun dah jarang. Tengoklah kalau ada masa nak update lagi minggu depan. 


Siapa dekat sini lebih suka download drama & tak suka tengok secara online? Me! haha bukan tak suka tapi macam tak best je tengok online ni. Lagi-lagi kalau asyik buffering heh habis lah laptop kena dera oleh aku. Aku memang jenis yang tak berapa nak sabar okay. Jangan main-main eh sebelum ni laptop aku dah bogel dah sebab didera last-last aku pegi buang letak dalam plastik. Sekarang tak tahu kat mana dah laptop tu,dalam bilik stor kot hahaha




Aku start download drama lepas aku habis spm dulu sampailah sekarang. Tak tahu dah berapa banyak drama aku download. Baru tahun ni terfikir nak listkan drama yang dah habis didownload. Kadang-kadang ada jugak terhegeh pergi mintak kat kawan yang gila korea. Dapatlah jugak hahaha best kalau ada kawan yang sama kepala ni hahaha 


Tak lama ke nak download drama tu? Lama lah jugak nak download habis kan,dalam 3 4 hari camtu habis lah. Tak banyak episod pun,paling banyak 20 ep je kan? Satu episod kena tunggu dalam 16 minit macamtu. Sambil download sambil tengok drama lain dulu. Sedar tak sedar dah habis download dah. Itu cara akulah,kalau orang lain aku tak tahu.





Yang ditick maksudnya dah habis tengok dah. X tu maksudnya tak best & tak tengok sampai habis plus dah didelete hahaha tengok awal episode je tapi boring sangat so delete je


Selalunya aku listkan dulu drama yang baru keluar,ni pun aku tahu daripada soompi (kpop news) & sometimes aku try gak search kat google. Drama yang paling banyak orang recommend lah yang akan aku downloadkan. Actually banyak lagi drama yang aku dah download,tahun lepas lah especially. 


Aku save semua drama ni dalam hardisk. kadang aku terpaksa delete okay sebab hardisk full gara-gara runningman T_T (ep 1 sampai the latest mana tak full?) . Rasa macam sayang je nak delete sebab dah bersusah payah download last last delete macam tu je?? Heh 



tahun ni rasa macam banyak je drama yang baru and best like let's fight ghost,W,Doctors,Squad 38,Wanted etc. Aku tak tahu nak buat macam mana kalau dah habis download & tengok. Sebab aku bukan jenis yang suka tengok drama berulang kali okay. Kalau variety shows tu lain lah like RM. 


Korang pun macam aku ke? download lepas tu delete jugak? ke masih dalam laptop sampai sekarang? helpppppppp




nampak sangat aku gila k drama gara-gara post ni. haha tsk tsk

Print Like Original - AppleToner

| on
21:08
Assalamualaikum


Well harini ada benda sikit yang aku nak bagitau. Haritu aku terjumpa satu website bernama Appletoner yang caters to most household printing needs. Maksudnya diorang jual most mainstream printer ink, printer and machine brands. Tapi mostly diorang lebih focus jual toner cartridge. But not just any toner,they mainly focus on compatible toners. Compatible toners is a printer ink yang dibuat oleh third party companies mengikuti specs of the brand they’re designing it for. This means lower costs in terms of branding and distribution for them because diorang buat on a much smaller scale.


Okay katakan kau ada samsung printer,and you run out of ink in your toner cartridge. Instead of pergi beli kat kedai, you can just visit them kat Appletoner for Samsung toner cartridge and just cari je mengikuti the type and serial number. Nanti diorang akan bagi offer both the original and also yang compatible. Kat situ dah boleh nampak the price difference (almost half off tu!).


Tapi kalau masih ada yang was was, the site ada offer 1-year warranty untuk semua product printing yang diorang jualkan. Appletoner is a local company yang ada kedai walk in dekat Klang cause diorang ada buat repair services jugak. Tapi most of the time,they mainly buat business diorang online. Siap boleh bagi next-day delivery kalau order sebelum tengahari on weekdays lah.


Satu yang aku suka pasal diorang ni is that diorang ada buat step-by-step page how to place an order with them. Yelah its not a big deal actually tapi sometimes ada je yang tak tahu macam mana nak order especially bagi yang jarang order online kan?





 Ni step by step macam mana nak order



So next time kalau korang nak beli toner cartridge untuk printer korang,tak kisah lah printer jenama apa like Samsung printer ke HP ke,order je dari diorang ni. Harga pun boleh tahan jugak murah daripada yang dijual kat kedai plus senang lagi beli online kan? Zaman sekarang semua beli online haha so lepas ni jangan lupa visit website diorang if ink printer korang dah habis :)