21 Jun 2017

Mini Haul #1

Assalamualaikum


Hari jumaat minggu lepas keluar time petang. Nasib baik cuaca mendung tak adalah panas sangat,lagipun masa tu tak ada banyak sangat orang. Plan nak pergi cari baju raya lagi although sebelum ni dah pergi beli baju raya tapi tak puas hati sebab balik cuba tengok tak cantik pulak damn it 😅😭


Oh ya masa kitorang first beli baju raya tu kalau tak silap aku sebelum hari gawai kot,akak yang jual baju kat shopping mall tu ingatkan kitorang sambut gawai so dia suruh aku pilih seluar palazzo & blouse hahaha mula-mula tu aku heran jugak kitorang nak beli baju kurung kot apasal dia tunjuk benda lain,tapi last2 aku beli jugak sebab cantik sangat hahaha time keluar dari kedai tu diorang siap ucap selamat hari gawai lagi. Maybe sebab diorang dengar kitorang bercakap dalam bahasa bidayuh kot that's why. Family kitorang kat rumah memang bercakap dalam bidayuh,sebab keluarga my mom kristian bidayuh and kitorang dari dulu tinggal dengan grandparents sebelah my mom so dah terbiasa cakap dalam bahasa bidayuh. (rasa macam dah pernah bagitau je) Okay back to the topic


Dalam pukul 3 camtu kitorang gerak pergi shopping mall,unfortunately tak ada baju kurung -.- Baju melayu banyak pulak. So kitorang singgah kat kedai2 yang lain kejap, baju kurung nanti2 lah aku fikirkan hahaha


at that time bath & body works ada buat offer sempena raya,kalau tak silap offer 50% kot,so rasa macam rugi je tak beli apa-apa masa ni




masuk tu aku memang dah target nak beli candle je. so banyak jugaklah candle yang aku buka tapi ada yang bau macam ewww,terlampau kuat sangat,sakit pulak rasa hidung aku masa tu. First choice ialah vanilla bean.



masa kat kedai tu aku hidu macam wangi tapi balik hidu lagi ya allah kuat nya bauu vanilla 😅



yang lemon ni wangi jugak. bau lemon lah kan apalagi hahaha




this is my favorite so far. dah hampir 4 kali guna. Bau dia omg memang sweet sangat,bau tu sampai ke ruang tamu tau tak, bau dia ada sikit2 macam bau mango,hm idk how to explain this haha




victoria's secret masa tu pun ada buat offer gak. Tapi tak banyak sangatlah offer dia haha



yang ni memang favorite aku. aku tak faham kenapa orang selalu kata yang coconut passion tu wangi eww not my taste kot,pelik je bau dia bagi aku




lepas tu,continue cari baju kurung. Dah habis beli then round round cissss aku ternampak ada baju kurung yang lebih cantik lagi dari yang aku beli tadi aaaaaaaaaaaaaaaaaa



15 Jun 2017

Hari Raya Outfit!

Assalamualaikum


Lazada Blogger Contest


Few more days before hari raya wiwiwi 😍😀😀

Selain daripada stress fikir pasal macam mana nak hias rumah or pilih/buat biskut & kek,baju raya pun semestinya buat orang ramai stress jugak,kan? 


Sekarang ni ramai yang lebih suka beli baju raya secara online jer,tapi banyak jugak lah yang pergi hantar kat tukang jahit. Kalau aku,lebih prefer beli online sebab senang sikit kan. Dulu pernah gak pergi hantar kat tukang jahit tapi memang jarang sangat.


Okay. Tema contest lazada kali ni ialah Looking Good & Beautiful. Contest yang lepas tu aku tak sempat nak join >.<



a. What's your color theme for this Raya? 

Honestly tak ada, sebab baju raya yang aku beli kebanyakkan nya lain-lain color haha but most of it color pink T_T



b. Share your outfit details for this Raya.

Sekarang ni baju raya yang hot ialah baju kebaya kan? Aku tengok ramai je yang beli baju kebaya sekarang. Aku pun ada terfikir nak beli baju kebaya tapi terpaksa lupakan hasrat tu sebab body shape tak cantik hahaha cisss. So beli je lah yang macam peplum and baju kurung biasa.



c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya? 



teringin nak beli lah pulak. huwaaaa 




seumur hidup aku belum pernah lagi beli baju raya color hijau hahaha memang tak pernah!




Oh ya jangan lupa pulak ada Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale yang akan diadakan sepanjang dari 19 may hingga 30 june! Diskaun sebanyak 90% okay!





yang belum join contest lazada minggu ni cepat2 join tau! lebih ramai lebih bagus hehe (https://www.lazada.com.my/blogger-contest/)

3 Jun 2017

Ostrolia Aku Datang | Book Review

Assalamualaikum



Aku ambil masa yang lama jugak nak habiskan buku ni. Asyik tertangguh je.



aku ingatkan buku ni baru diterbitkan tahun ni tapi bila aku check rupanya dah diterbitkan pada tahun lepas,tak lah lama sangat kan?


aku dah lama tak beli buku macam ni,sebelum ni asyik beli buku fixi je. Novel cinta pun aku dah jarang sangat beli,tak ada mood kot nak baca novel genre tu lagi haha dulu masa sekolah menengah boleh lah kan



honestly,bagi aku novel ni biasa-biasa je. Tapi yang bestnya sebab dapat baca banyak pengalaman L kat Ostrolia. Aku memang suka baca pengalaman2 orang macam ni. Bagi aku, L memang seorang yang berani. Selepas dapat biasiswa tu,L terus pergi ke ostrolia seorang diri untuk melanjutkan pelajaran. Jauh kot ostrolia tu. Lagi2 dia ada adik OKU and mak dia bekerja keras untuk mencari rezeki sebab parents dia dah lama tak bersama so nak tak nak mak dia yang tanggung diorang. 


Perwatakan L ni macam lelaki sikit. Berani. Aku tak dapat bayangkan kalau aku kat negara orang lain seorang diri hahaha 

banyak pengalaman L yang menakutkan berlaku bila dia melanjutkan pelajaran kat sana. Yelah,negara orang putih kan. Culture diorang berbeza sikit dari kita. Part yang aku tak suka bila L selalu terserempak dengan orang2 mabuk bila balik malam,allah orang mabuk ni bahaya tau tak. Tapi L ni berani although dia pun ada rasa takut sikit hahaha


and part yang paling menyampah bila kawan lelaki omputih tu ajak L makan bab*,dia memang tahu yang L ni Islam tak boleh makan bab* tapi makin galak pulak dia pujuk L. Last-last L berambus dari restoran tu. 


ada beberapa ayat yang suka dalam novel ni ;



and this ;



ada satu cerita yang buat aku tergelak and rasa tak percaya,kisah yang bertajuk Miss T kalau tak silap aku,jap. 


ha'ah, Miss T lah. Miss T ni kawan L jugak,dari Malaysia jugak. Tengah dalam proses ambil PHD,usia Miss T ni dalam 40-an tapi berlainan bangsa. Nak tergelak pun ada aku baca kisah ni hahaha terbayang-bayang pulak aku eh,umur dia dah tua kot tapi ada hati jugak eh nak buat perangai macam tu hahaha last2 L tak nak contact dia lagi. Aku tak nak bagitau pasal cerita ni,korang baca lah sendiri nanti 😀😀




4.0/5

25 May 2017

A Little Update

Assalamualaikum


nak dekat 30 minit jugak aku fikir tajuk post ni haha,nampak sangat dah lama tak update blog. Post sebelum ni asyik pasal giveaway je.


So hello semua. Dah nak puasa dah,baju raya takyah fikir dulu sebab aku plan nak beli yang dah siap je terus,tahun lepas dah beli yang jahit punya so tahun ni lain lah. Lagipun malas doh nak pergi cari kain,erhhh. Rasa macam nak beli baju color peach je,tahun lepas color hitam okay hahahaha 


haritu lepas ambil bapak dari airport,malam plan nak keluar makan,actually aku malas nak keluar,adik2 aku semua dah besar (yang bongsu tahun enam) so semua malas nak ikut jugak.

 Kenapa eh semakin besar rasa macam malas je nak ikut parents keluar,dulu masa kecik2 rajin pulak siap merengek lagi sebab nak ikut hahaha . my mom memang marah kalau kitorang tak ikut,ya allah boleh tahan sakit jugak telinga dengar dia marah tau tak. 


masa makan aku dok fikir2 nak beli novel ke tak eh,sebab nampak banner kat depan shopping mall tu kata semua barang 50% discount. Tapi rasa macam buang duit je,sebab guna duit sendiri of course lah kena fikir banyak kali hahaha ye tak? Lagipun G-Dragon nak comeback weiii,melayang lah duit aku nak beli album dia nanti T.T



Fikir punya fikir ah beli je lah. Tapi malangnya promosi 50% discount tu start hari jumaat ni T.T damn it.


adalah dalam 3 buah novel jugak aku beli. Pompuan tu kata kalau beli 3 buah ada 30% discount so why not?




aku dah siap listkan buku2 yang aku nak dalam memo tapi kebanyakannya tak ada dalam bookstore ni. 

Ostrolia Aku Datang | aku beli sebab haritu kak bv ada post dalam blog dia hahaha plus suka tengok cover buku ni.


Lari & Gelap | Aku selalu tengok website fixi and baca sinopsis buku2 yang ada,kalau best memang aku letak dalam wishlist. Harap2 best lah. Ada siapa2 yang dah pernah baca tak? Jangan kata tak best pulak adoi nanti menyesal pulak aku beli ni hah macam buku fixi Pentas aku beli dulu tu,boring sangat -_-


kalau aku dah habis baca nanti baru review,itupun kalau tak malas lah.


then,ternampak sticker-sticker comel kat situ so ambil lah.






 

satu ni je RM5.20



tapi aku lebih suka yang ni,cute sikit lah kan haha (RM4.50)


Beli pun sebab nak guna untuk diary. Tak lah nampak boring sangat diary aku tu nanti.





k bai

17 May 2017

Blue Sky Tag

Image result for sehun gif 2017

Assalamualaikum


Tak lama lagi nak puasa so dah ready guys? Nasib baik dah habis ganti puasa,kalau tak heh memang last2 minute je lah. 


******************************

The rules ;

1. Thank the person who tagged you
2. Answer their 11 questions
3. Tag 11 people
4. Give them 11 questions to answer (sorry yang ni tak dapat nak ikut 😞)

Thank you to Amer & Kak Sofie sebab tag!



******************************


Questions from Amer ; 


1. If you suddenly found yourself turned into woman/man. How would you spend your day?

I will go to the gym everyday hahaha sebab aku teringin nak pergi gym tapi malu lah pulak plus tak ada partner nak ikut so hell no lah nak pergi seseorang kan.


2. Tell me the most awkward moment in your life?

Dulu masa tingkatan berapa entah bapak tak ada kat rumah so tak dapat ambil balik sekolah so aku guna bas dengan kawan,then berpecah sebab lorong rumah lain kan,so masa tu ada sebuah viva or myvi ke lalu then panggil2,aku dah panik dah diorang ni nak apa eh ,2 orang lelaki pulak tu hahaha 

"dik.. dik.. Nak .."


"eh,tak tak." (aku dah start fikir macam2 dah)


"eh,nak tanya,rumah orang kahwin tu kat mana eh?" (masa ni baru teringat ada orang kahwin kat area rumah aku)


" oh,masuk je kat lorong tu bla bla bla .. " 


damn it. memalukan T_T aku masih ingat lagi expresi muka diorang masa tu HAHAHA TAK LAWAK EH


3. What are the best and worst purchases you have made?

the best ; IU - Palette Album

the worst : my phone case,sebab kaler lain daripada gambar yang aku bagi kat dia -.- ahh malas lah nak complain


4. If you have a chance to change your name, what will it be and why??

tak nak tukar. hehe


5. Who is the messiest person you know?

adik laki aku T_T masuk bilik dia je rasa nak muntah hehhhhhhhhhh


6. What are the most useless talent do you have?

i DON'T HAVE any talent :')


7. Who is the fourth person on your missed call list?

my aunt.


8. What is your favorite TV show? (Tell me Suri Hati Mr. Pilot, please)

sorry,tak tengok pulak suri hati mr.pilot tu hehe last drama malay yang tengok, rindu awak 200% hahaha 

for now, The Promise (korean)


9. What was your first thought when you woke up this morning?

bila aku nak start bersenam ni? dah nak raya ni hah.


10. What are you completely give up and done with?

Relationship.


11. Do you think my questions are ridiculous?

Nope,i love it and thanks!


******************************


Questions from Kak Sofie ;


1. Where you will spend your first-day hari raya aidil fitri this year?

Macam biasa,kat rumah sendiri je.


2. The best hari raya in your life is when....

dapat makan banyak cookies & relax atas sofa


3. Do you already buy a baju raya? What color?

Belum hahaha . nanti last2 minute baru sibuk nak beli 


4. Last thing you do before you open the blog?

bukak stats blog.


5. Tell me your meal today.

Laksa Sarawak (sikmok makan nasi konon sebab diet cehh hahaha :P)


6. Last time you take a selfie.


one month ago. (serious >.<)


7. True or false our ringtone reflect the personality?

hmm,false.


8. Percentage of your achievement for this year?

10% 😭😭😭😭😭


9. Open Instagram, whose picture on your first insta feed?

@queeryeri


10. The last song on your phone....

IU ft G-Dragon - Palette


11. Heads up, what did you see?

White ceiling haha




thank you again :)))

12 May 2017

Win Calendar 2017 Frame


[KLIK BANNER UNTUK JOIN]



Winner announcement  : 11 June 2017


*Everyone in Malaysia can enter
*Winner will be chosen with random.org
*Winner will be inform by email
*After received prize; Calendar 2017 Frame -Winner need to publish 1 entry in blog or social media about winning this contest

28 Apr 2017

Write A Letter To The Future (Via futureme.org)

Assalamualaikum


no,aku bukan malas nak update blog,cuma tak ada idea je. Makin hari makin malas tengok blog ni ciss


Dalam minggu ni baru habis marathon drama Tomorrow With You. Ye aku tahu drama ni dah lamaaaaa habis hahaha tapi oleh kerana jalan cerita dia agak slow so tangguhkan dulu. Ingatkan nak delete je sebab nanti bila tengok confirm skip-skip tapi eh best jugak drama ni hahaha curious sangat nak tahu pasal ending dia so yey dah habis tengok dah!


Kalau korang ada tengok drama ni mesti korang perasan ada scene di mana Song Ma Rin asyik taip surat untuk suami dia in the future. Then aku bukak dramafire.com and ternampak ada orang komen kata memang ada website yang macam tu. Aku rasa macam aku lah orang yang paling kuno sebab tak tahu pasal benda alah ni hahahaha aku rasa semua orang tahu kan? Ke korang pun tak tahu





aku try gak search pasal benda ni kat google and banyak yang kata diorang dapat email tu after few years. Unless kalau kau tukar email maybe tak dapat kot.


So kalau korang nak try gak,guna email yang korang rasa memang akan diguna sampai bertahun-tahun lamanya. For me,benda ni macam best je hahaha 


korang boleh letak surat korang tu either in private or public (anonymous). Kalau korang letak public diorang takkan show email korang,just isi2 surat korang tu je lah. Tapi bagi aku letak je lah private,malu gak kalau ada orang baca nanti . Kalau korang nak baca surat orang lain boleh je klik "read public letters" kat atas tu.


yang nak tahu whether korang dah ada boyfriend or girlfriend pada masa akan datang hah boleh lah send sekarang haha


Kalau dipanjangkan umur  inshaallah dapat lah korang baca balik semua tu. 


Terpengaruh dengan drama ni sebenarnya hahaha

18 Apr 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my


[Copy dan klik banner untuk penyertaan]

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.



Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:

5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict

Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

9 Apr 2017

Girl's Day Album (Everyday #5) | Unboxing

Assalamualaikum


Page view blog ni jatuh dengan teruk tau tak hahaha nasib baik aku masih ada semangat nak continue berblog kalau tak memang dah lama dah blog ni tak ada. 


Okay.


Actually ni adalah salah satu wishlist aku tahun ni ; collect k-pop albums. 
i have never ever beli album kpop selama ni. Niat nak beli tu ada tapi ada benda yang jauh lebih penting lagi dari album ni hahaha lagipun boleh je tengok kat youtube kan. Tapi entah kenapa aku rasa macam nak beli pulak tahun ni. 


Aku dah survey banyak ig shop and finally jumpa jugak. Servis dia pun alhamdulilah okay & cepat.


Sebenarnya plan nak beli album Exo je tapi lepas dapat tahu Girl's Day nak comeback so why not beli je album dorang. Lagipun Exo ni lama lagi nak comeback.


Aku order album ni 27 march (pre-order of course), then dapat dalam 6 april. Sebelum album ni sampai aku ada tengok teaser album diorang kat youtube.



  



dapat free photo card dari kpopdowntown. Dapat Hyeri punya although aku nak sangat dapat Yura's but sama je lah hahaha

oh ya,harga album ni RM76 tapi kalau termasuk postage jadi RM87. Why postage ke sarawak mahal gila?? hahaha geram betul aku



                    
                                                                            [message from the girls]
                                                                        yes,i don't even know what they say T_T




                                 Hyeri ❤                                                              Yura ❤



                                         Sojin ❤                                                        Minah ❤




Title song diorang ialah I'll Be Yours. Tapi aku lebih suka lagu Love Again & Thirsty. Aku start suka dengan Girl's Day selepas tengok variety show one fine day. They are sooo noisy hahaha pergi mana-mana memang bising gila tak pernah nak senyap haha. Fan diorang memang tahu lah kan


Anyway,memang aku tak menyesal lah beli album ni. Nasib baik dah TERbeli haritu kan hahaha lol

Lepas ni aku target nak beli album Blackpink, Exo, Dean, Exo cbx, G-dragon etc. Beli yang aku minat je lah. Jealous pulak tengok koleksi orang lain , ah whatever 💁




8 Apr 2017

Sunshine Blogger Award

Assalamualaikum


hampir terlupa nak buat post ni,nasib baik dah bookmark haritu.


sunshine-blogger

The Rules

1. Thank the person(s) who nominated you in a blog post and link back to their blog

2. Answer the 11 questions sent by the person who nominated you

3. Nominate 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions

4. List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog

    
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


thank you for the tag kak bv .

here we gooo




1. when do you start to know my blog? :3

I’m not so sure about this. Tapi yang aku ingat memang dah lama dah dulu2 time aku rajin join giveaway sebab dulu memang aku rajin blogwalking then terjumpa lah blog akak hehe


2.What is your animal spirit and why?

I don’t have any tbh haha but if I have to choose then maybe kucing. Sebab kat rumah ni ada kucing je hehe


3.Pick an item at your right side and that gonna be your weapon in zombie apocalypse, what is it and how are you gonna use it?

My phone hahaha. Search kat internet cara untuk bunuh zombie huahuahua


4. If you were at home and there is zombie attack outside, where is the safest place to hide and why?

Dalam bilik kot. Boleh lah bersembunyi sekejap sementara tunggu orang datang selamatkan aku T_T 


5. Give 3 reasons why do love blogging? do you love blogging?

Yes,I do. First,of course sebab dapat baca post blog2 favorite. Second,dapat hadiah free dengan join giveaway although selalu je tak ada rezeki nak menang kan hahaha lol. Lastly,sebab tak sanggup nak tinggalkan dunia blog ni tsk tsk


6.Backpack or sling bag?

Bergantung jugak. I love both. Tapi selalunya kalau keluar sorang2 memang bawak wallet & handphone je hahaha 


7. I love music. so do recommend me some of your favourite music genre and songs.

I love music toooo :) lagu k-pop ajak kmk recommend kat ktk tok kak hahahaha nah list.

💃 Winner - Fool (best,try dengar gak)


8. Pizza or burger?

Both please. Aigoo craving lah pulak uwaaaa T_T


9. What do you think about girls/boys who is wearing a spectacles?

Biasa je. Sebab sekarang ni ramai dah berkaca mata kan. Tapi kalau boleh bagus lagi tak pakai sebab degree mata aku dah 500+ so memang wajib guna kalau tak memang merangkak je lah tak nampak orang. So please,jaga lah mata korang tu baik-baik,syukur kalau tak guna kaca mata 



10.Plain shirt or checkered shirt?

Plain shirt of course :)


11. Some words for your silent readers?

Please tinggalkan komen hahahaha jangan jadi silent reader je hahaha macam lah ada silent reader hehe


✌ ✌

28 Mar 2017

Craving Satisfied #2

Assalamualaikum


ye aku memang jarang blogwalking & update blog. Mood nak berblog ni ntah dah terbang ke mana dah sekarang. 



👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩



if you haven't read my previous post, nah (craving satisfied #1)



lepas makan malam,alhamdulilah memang kenyang. Masuk dalam bilik,buka almari,damn it dah habis rupanya oreo aku. Cadbury, kit kat, dark chocolate,semuaaaaaa dah habis. 'Harta' aku dalam almari tu dah kosong dah hahahaha kena isi lagi ni


lepas tu bukak ig and search kek yang sedap2,yang ada buat cod lagi lah bagus. Then terjumpa satu gambar pavlova ni. Aigoo macam sedap je. Aku dah tertelan air liur dah padahal tadi baru je habis makan nasi T_T 


Tanya punya tanya okay hari sabtu dapat hantar. Okay deal! Cepat2 taip kat memo takut terlupa nanti.


Hari sabtu,orang tu kata nak hantar dalam pukul 1+ petang. Tunggu punya tunggu,aik lama jugak eh,kata dah masuk dalam lorong 8. Dah 30 minit berlalu,tak jugak sampai. Tak kan sesat kot? 


"sorry sangat-sangat. tadi tak sengaja terlanggar pavlova tu,dah penyek. Boleh tak saya hantar esok je?"


aku okay je,no problem. Tapi kecewa jugak lah sebab aku memang dah craving sangat hahahaha 


tapi tiba-tiba dia whatsapp kata dia akan hantar pavlova yang penyek tu tadi. Lepas tu esok dia akan hantar pavlova yang baru lagi. Aku pun okayyyyyyyy hahahaha alhamdulilah rezeki. 


Pavlova tu tak penyek sangat lah,just krim2 dia habis terkeluar tapi tetap 👍 kebabomm. The next day,dapat lagi pavlova free. Uwaa thank you so much 😋😋 harga satu pavlova RM45.






hari ahad tu pulak kek aku sampai. aku dah order kek ni sejak hari khamis so ahad baru dapat sebab diorang cod hari ahad je. Mula-mula aku tengok kek tu macam tak percaya je harga satu kek RM10. Size dalam 6 inci macam tu lah. Nampak macam sedap. At first ragu2 jugak lah nak beli takut tak sedap kan. Tapi oleh kerana parents kat KL so aku ambil kesempatan lah hahaha lagipun adik2 aku sama kepala dengan aku so aku pun order je lah. Order 2 kek terus haha




*gambar credit to the owner @sweetstation_official* 
dah ambil gambar sebelum ni tapi gambar tak cantik pfff  geram betul aku


Aku ambil kek oreo ni. Yes yang ada oreo memang wajib beli. Aku ingatkan krim tu tak sedap tapi rupanya sedap! Sedap guna fresh cream kan so bravo! hahaha 




*gambar credit to the owner @sweetstation_official


Although i really like oreo,but yang ni palingggg sedap! Perfect je! Rasa manis dia ngam ngam. Tak terlalu manis. Campur lagi dengan flavour kiwi,strawberry,orange kat atas tu pergh. 


Time kek ni sampai,aku dekat luar lagi hahaha baru je lepas makan kat luar balik terus makan kek ni lagi T_T nasib baik adik ada kat rumah.



this is not a sponsor post. saja nak letak gambar kek2 tu biar terliur hahaha 


k bye






17 Mar 2017

What Happens To My Family | Korean Drama

Assalamualaikum


yey i'm back with more korean dramas. oh ya siapa yang ada layan drama age of youth? good news,tahun ni ada season yang kedua! The new season is set to air in late-August. Kalau nak tahu lebih lanjut,boleh baca dekat soompi.


and yes i know drama what happens to my family ni dah lamaaaaa gila;2014 okay. 
tahun 2014 aku tak berapa sangat layan k dramas so i don't even know about this drama sampailah aku try search 'best family korean dramas' kat google and terjumpa banyak orang yang recommend drama ni. But still,for me the best family korean drama so far is Reply 1988


sebelum ni dah terbiasa tengok drama sampai episode 20,tapi drama ni ada 53 episode okay?!! 
first time ni tengok drama sampai 50+ episode. tapi sebelum ni tengok cerita indon kat tv sampai 100+ episode boleh jeee hahaha tu zaman dulu2 suka dengan cerita indon 😁


satu je yang aku nak bagitau,kalau korang decide nak tengok drama ni jugak,please lah sediakan tissue banyak2. aku dah bagi warning okay? jangan kata aku tak bagitau pulak. hihi


Image result for what happens to my family


Cha Soon-bong is a widower who has devoted his life to his three children, loving them despite their self-centred selfishness and disrespect. However, when he discovers that he has terminal cancer, he decides to use the time he has left to ensure their happiness when he is gone.

Cha Soon Bong ni memang sayang gila2 kat anak dia. Dia ada tiga orang anak,yang paling tua perempuan ; Cha Kang Shim , kedua ; Cha Kang Jae, maknae ; Cha Dal Bong.


Anak perempuan paling tua,after a failed relationship,dia ambil keputusan untuk tidak berkahwin & hidup seorang. Dia ni seorang secretary yang memang hebat,semua benda dia buat dengan cepat & teliti,kira macam memang orang respect dia lah kat pejabat. Tapi satu je masalah,dia lebih pentingkan boss dia daripada bapa sendiri. Dalam first or second episode kalau tak silap,dia beli kek untuk birthday chairman company dia tapi birthday bapa dia boleh pulak tak ingat padahal sama je tarikh birthday dia dengan chairman tu -.- Dia memang hebat bila masuk bab kerja tapi fail sebagai seorang anak.


Anak kedua,Cha Kang Jae. Dia ni susah nak explain. Berapa kali dah aku rasa macam nak hentak laptop bila nampak scene dia gaduh dengan bapa dia eeee geram sangat aku hahaha please,harap2 lah korang dapat bertahan tengok perangai dia dalam drama ni. Kang Jae ni doktor,dia paling pandai dalam family tu. Tapi tak guna jugak pandai macam tu kalau derhaka kat bapa sendiri kan? hahaha terlebih pulak kau ni T_T dalam permulaan episode memang perangai dia annoying gila especially lepas dia kahwin dengan anak perempuan director hospital tu,huwaa memang sakit hati gila. Tapi bila dia dapat tahu bapa dia ada cancer,hah scene yang ni kena prepare tissue siap2. Dia nangis melutut depan bapa dia 😢😢 siapa yang congek tu comfirm akan menangis teresak-esak hahahaha macam aku TT ; i'm like TT,just like TT



Anak ketiga. Dia ni penganggur,selalu buat masalah,selalu menyusahkan bapa dia tapi at least dia ada rasa prihatin sikit dengan bapa dia. And dia banyak berubah selepas berjumpa dengan Seo Wool,gadis dari kampung yang tiba2 datang ke rumah kata nak kahwin dengan dia hahahaha scene ni paling lawak. Habis panik bapa dia lepas tahu pasal ni sebab Dal Bong tu bukannya ada kerja tapi tiba2 ada sorang pompuan kata diorang pernah buat janji nak berkahwin bila dah besar hahaha


selepas bapa dia dapat tahu dia ada penyakit cancer,dia ambil keputusan untuk saman ketiga2 orang anak dia tu. Diorang ingatkan bapa dia nak kan duit je tapi sebenarnya bapa dia nak diorang ni sedar bahawa duit bukanlah segala-galanya ; tapi family yang paling utama. Kalau diorang nak cancel kan saman tu,diorang kena ikut syarat yang bapa diorang dah buat.


 First daughter kena pergi blind date sepuluh kali (sebab bapa dia nak dia kahwin sebenarnya), Kang Jae pulak kena tinggal kat rumah bapa dia selama 3 bulan bersama dengan isteri dia. Si Dal Bong tu pulak kena bagi gaji berapa ntah kat bapa dia selama 3 bulan. Start daripada episode ni banyak sangat scene yang sedih-sedih

dalam rumah tu ada mak saudara diorang jugak,adik kepada bapa diorang tu lah. Plus cousin and suami dia. Diorang ni selalu jugaklah bergaduh. Asyik berkumpul kat ruang tamu jee hahaha kalau tak kat ruang tamu,confirm kat chicken shop depan rumah diorang tu.


Last episode palingggggg sedih hahahaha yang ni aku tak nak explain banyak2 korang tengok lah sendiri. Yang pasti,anak2 diorang ni semuanya dah berubah 100%,especially Kang Jae tu. Drama ni ada banyak scene yang lawak,sedih,geram,semuaanya ada. Banyak benda yang kita dapat belajar pasal family ecehhh hahahaha



aku bagi 5/5 bintang untuk drama ni. Wajib tengok tau :P



15 Mar 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

[click for more info]



Mula-mula rasa macam tak nak join sebab tak ada idea nak buat post macam mana. But,in the end let's just do this. Jangan lepaskan peluang orang kata kan hehe


Aku memang confirm 100% semua orang tahu dengan Lazada Malaysia. Selalu kalau dengar je laman web lazada ni mesti teringat dengan gadget-gadget yang dijual dalam tu. Adik aku lah yang selalu buka lazada sebab nak tengok smartphone je. Aku pulak selalu tengok iphone & macbook (hahaha bila nak beli ni -.-)


Lazada Malaysia is part of Lazada Group which operates Southeast Asia’s number one online shopping and selling destination in Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Pioneering eCommerce in the region, Lazada provides customers with an effortless shopping experience and retailers with simple and direct access to the largest customer base in Southeast Asia.


no need to explain banyak sebab Lazada memang online shop yang tip top kebabommm! 👍👍





setiap kali kalau aku buka web lazada ni confirm ada je promotion yang sedang dijalankan! especially ketika musim perayaan. first item that i bought from lazada ialah photobook yang dijual dengan harga serendah RM3 sahaja! mula-mula memang macam tak percaya tapi last2 terbeli jugak hehe 


siapa yang tak suka kalau ada sale kan? plus laman web diorang pun tersusun kemas ikut kategori,tak complicated sangat nak guna and cari barang yang kita nak. 





i have a lot of products in my wishlist hahaha




uwaaaaaa ape ni *only 1 item left* 😢😢😢


i really really really love Ariana Grande 💕🙋 dah lamaaaa sangat minyak wangi ni masuk dalam wishlist tapi aku selalu tak jadi nak beli sebab ada banyak lagi benda penting yang lebih diutamakan hahaha i have been eyeing this perfume ever since she announced it on her instagram. 







no need to explain this cause i really want an iphone T.T 









although laptop sekarang masih baru,aku tetap nak guna macbook one day. dah kumpul duit untuk beli macbook ni tapi allah mahalnya so pergi lah beli laptop jenama lain hahaha 






overall service,harga semua tak ada masalah. delivery pun okay but i really hope that one day area kuching sarawak ada cash on delivery. sebab aku memang suka beli secara cod haha tak tahu kenapa.

hm apa lagi eh? i think that's it.





💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


happy birthday Lazada Malaysia! Semoga terus maju dan maju dan maju! terima kasih kerana selalu buat kami berpuas hati dengan servis yang telah diberikan selama ini! Harap-harap lazada dapat buat sales tiap-tiap hari hehehe


fighting lazada malaysia!


_______________________________________________________________________________________________



Prizes – More Participants More Winners

Depending on the overall number of participants there will be either 10, 20 or 30 winners: 

1. Less than 50 Participants (10 winners) 

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners) 

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

3. More than 100 Participants (30 winners) 

1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 


Invite your blogger friends to join this contest, so you will increase your chance of winning! The more the merrier! 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...