Dah Beli 6-Pack Fixi!

Friday, April 29, 2016

Assalamualaikum

[ Siapa yang belum join Pre-Loved fixi novel giveaway tu cepat-cepat lah join eh. Tinggal 8 hari je lagi hah]



Woot woot ... Ingat lagi tak dengan post [ bila nak beli ni?] Hah sekarang baru dapat beli. Aku order hari selasa 26/4 harini dah sampai. Berkali-kali bukak website poslaju tengok bila diorang nak hantar hahahahaha bengong betul



Actually aku kecewa sikit bila nampak abang poslaju tu bagi aku parcel ni. Sebenarnya aku berharap sangat fixi ni ada kotak sendiri like kotak yang aku dapat dari Hermo haritu. Kahkah


Tapi bila aku bukak je aku nampak ni



ada beg rupanya hahaha tarik balik lah rasa kecewa tu tadi hahahaha tapi apesal warna kuning? I cannot tau tengok warna kuning. Tak suka hahaha 


6 pack fixi ni maksud dia korang boleh pilih 6 jenis buku fixi yang korang nak dengan harga RM84 sahaja! Tapi belum termasuk postage lah T_T Total aku beli ni termasuk postage RM99.90. Pokai -.-


Mula-mula memang excited buka laman web fixi tapi bila masuk je aku dah stress sebab tak tahu nak pilih novel apa. Lama jugak aku pilih,ingat senang ke? Ada sebanyak 298 buah buku tau! Hah try lah pilih hahahaha tapi campur lah ada penerbit dari buku fixi,lejen press etc.


Last-last aku pilih ni jelah



Aksara & Obsesi tu memang wajib aku beli sebab tu last sambungan dia kan.

aku ada buat review pasal Trilogi Ngeri . Sila klik kalau nak baca hehe


ASRAMA tu pulak dari tahun lepas lagi aku plan nak beli tak terbeli sebab tak berani nak baca hahahaha kalau novel seram aku memang tak boleh ah tapi terbeli jugak kan. No way aku nak baca waktu malam hahaha


KAMPUNG kalau tak silap,aku ada baca review dari blog siapa ntah dah lupa dah. Blogger tu kata best so awal-awal dah letak dalam wishlist

Aku beli PAKAR sebab penulis dia Nadia Khan,so memang wajib. Kelabu aku belum baca lagi.


Yang sebelah kiri atas sekali tu ialah AKSARA. Sambungan trilogi ajaib. The best! Ajaib & awan both memang terbaik lah so tak sabar nak baca aksara!


Sebenarnya aku taknak pilih novel PENTAS tu hah,nak pilih novel PATUNG tapi baca sinopsis seram nak mampus so aku beli je lah yang pentas tu hahaha



Tunggu aku habis khatam semua ni dulu barulah aku buat review okay haha bai




btw boleh tak recommend buku fixi yang best ?

13 comments

  1. Waa tengah ada sale ke fixi sekarang? Lawa laa totebag! asrama best! Patung pun i heard best gak. I bought the book but belum baca lagi hehe. For me, trilogi murtad seems nice, but saya baru baca murtad je xD yang dua lagi ada dalam gerobok haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata sale tu tak jugak sebab dari dulu lagi ada 6 pack fixi ni kalau tak silap hehe.
      kan? tapi masalahnya warna tu je lah hahaha. murtad? rasa nak beli jugak tapi takut tak best,ada buat review tak? hehe nak baca gak xD

      Delete
    2. oh ya eh. sebab saya ingat 6 for 100 tu terkejut its only 80 oh rupanya incl postage kot. murtad interesting. dia tak seram and not psiko punya cerita. Dia cerita ada pengajaran and boleh tambah ilmu kita. Saya ingat nak buat review after the three of trilogy complete saya baca hehew

      Delete
    3. haritu ada gak baca sinopsis murtad. nak beli murtad je haritu tapi last2 tak jadi sebab trilogi kan so wajib beli ketiga2 hahaha tunggu ada duit lagi lah T_T lepas baca jangan lupa bagi link review tu tau! hehe

      Delete
  2. Nak SASAR! Nak try beli online mcm awak la. Sebelum ni lagi suka pergi kedai buku instead of online sebab feel dia lain. Hihi. Tapi susah betul nak dpt buku yg kite nak, better online je lain kali. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? beli online senang lagi hahaha sambil2 tu boleh baca sinopsis & cari review dari google. hehe

      Delete
  3. Ya Allah serious ain pun tgh pikir nak beli me tak, hari2 masuk web dorang, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita hahahaha lol siap letak dalam wishlist lagi tapi belinya tak tahu bila haha

      Delete
  4. wah, best eh shopping buku..jeles kmk koh..
    last kmk beli kamus sigek jak nok harga rm40 terus xmampu gk nak beli buku lain haha
    happy reading!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tok pun pakei duit parents kahkahkah. haha sekali sekala nak kak. hehe thank youuu xD

      Delete
  5. Aksara, asrama, kampung, pakar semua dah beli & baca dan semuanyaaa best !!! Akak paling suka novel nadia khan. Best. Sempoii .. Rasanya mcm pernah review buku kampung. 😁 Selamat membaca. Trilogi ngeri best eh ? Kalau best nak try laah beli

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi baca buku-buku fixi ni.

    ReplyDelete
  7. Adoi.. Tak berjaya lagi beli buku-buku fixi ini secara online.. dah berapa kali tertunggak.. nanti nak beli jugalah..

    ReplyDelete