Review : Novel Bunga Di Rimba

Sunday, March 23, 2014



Assalamualaikum

Hari tu my mom kata nak pergi bookstore sebab adik aku nak beli buku rujukan for his studies.
Disebabkan aku ni malas sangat nak keluar sebab kat mall yang my mom nak pergi tu banyak sangat ex student sama sekolah dengan aku. Aaaa menyampah -_-

So conclusion nya aku suruh je my mom belikan novel satu untuk aku. Sebab aku ni memang kaki novel :)
PEACE

Lepas diorang balik aku terus tengok novel yang my mom belikan tu. Cehh macam tak best je,sebab cover depan pun macam old school sangat. Tapi disebabkan aku boring yang teramat,so baca je lah.

Ni sinopsis nya.

Rimba itu adalah rumahnya. Tempat di mana dia berbicara dengan alam, meneruskan kehidupan siang yang rutin tetapi mengembirakan. Menjalani kehidupan malam yang panjang tetapi cukup mendamaikan. Bagi Ajura, hidup dan matinya, biarlah di rimba itu. Namun sesuatu telah berlaku. Pemergian si ayah yang sudah melangkau waktu, benar-benar membuat dia buntu. Akhirnya, gadis itu terpaksa memberanikan diri, cuba menjengah dunia luar yang asing yang tidak pernah diimpi. Dalam pencarian, dia bertemu Yusri, lelaki yang berbudi. Lelaki yang dalam diam menyimpan hati padanya tapi takut meluahkan. Dapatkah Ajura bertemu dengan ayahnya semula, apakah hubungan Yusri dan Ajura akan berkembang mekar?


-----------------------------------

Over all best lah novel ni. That's why don't judge a book by it's cover. HAHA

Markah : 4/5





Post a Comment