Siapa Bodoh?

Tuesday, December 10, 2013


Assalamualaikum


Ada seorang tukang gunting rambut. Suatu hari,dia sedang menggunting rambut seorang pelanggannya. 
Ketika itu,seorang kanak-kanak bernama Abu sedang leka bermain di luar kedainya.

"Kau tahu,budak yang sedang bermain itu adalah budak yang paling bodoh pernah aku jumpa," beritahu si tukang gunting.

"Mengapa begitu? Kanak-kanak itu tampak cerdik," jawab pelanggannya pula.

"Tak percaya? Mari aku buktikan!" tukang gunting segera memanggil Abu.

Setelah anak itu tiba di hadapannya,tukang gunting mengeluarkan dua helai wang. Sekeping not RM1 di tangan kiri dan sekeping not RM10 di tangan kanan.

"Pilih yang mana kamu suka," arahnya kepada Abu.

Anak itu segera mencapai not RM1 dari tangan kiri si tukang gunting dan berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih.

"Kau nampak bukan? Betul tak apa yang aku cakap tadi. Dah banyak kali aku uji begitu. Pernah aku beri pilihan antara wang RM1 dengan RM50. Tapi dia tetap memilih RM1. Memang bodoh betul budak tu," kata si tukang gunting sambil menggeleng-geleng kepala.

Selesai memotong rambut,pelanggan itu pun berlalu pulang. Tidak jauh dari kedai si tukang gunting,dia bertembung dengan Abu yang leka bermain. Dia mendekati anak itu lalu bertanya.

"Sewaktu tukang gunting menawarkan wang,kenapa kamu tidak memilih wang yang besar nilainya?"

Abu tertawa mendengar soalan itu lalu menjawab, "Setiap hari tukang gunting itu akan memanggilku untuk memilih wangnya. Kalau aku ambil wang yang tinngi nilainya,dia akan berhenti memanggil aku lagi. Lebih baik aku memilih nilai yang kecil. Jadi 'permainan' itu akan berterusan. Dapatlah setiap hari aku membeli jajan."

Mendengar penjelasan Abu,pelanggan itu tersenyum. Lalu dalam hati dia bertanya sendiri,siapa yang bodoh sebenarnya?





Korang dah pernah baca ke kisah ni? Kisah ni aku ambil dari majalah Mastika.
Sebab dah tak tahu nak update ape lagi -_-
At least aku ada update juga. Hihi


 

6 comments